Monday 12 November 2012

Mungkin Ada Hikmah Disebalik Dugaan ini...



Dugaan Allah itu datang dalam pelbagai bentuk, walau kita berasa sedih, pedih, sakit, kecewa dan sebagainya namun kita harus redha. Bersabarlah, berdoa dan bertawakal kepada Allah. InsyaAllah ada rahmat dan nikmat disebalik semua itu. InsyaAllah ada Hikmah disebalik semua itu dan yakinlah Allah sentiasa bersama kita.

Untuk semua itu aku harus beringat....

orang yang bersih hatinya
sentiasa rendah diri dgn Allah,
sering sahaja bersangka baik dengan Tuhannya,
jika mendapat ujian kesusahan, hatinya berkata
"kerana dosa akulah ujian itu datang"
"Tuhan menghukumku kerana dosa-dosaku"
"moga-moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yg amat dasyat."
Aamiin Ya Rabb.